Friday, 3 September 2010

Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal

Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal adalah anak kelahiran Negeri Kelantan. Beliau dilahirkan pada 25 September 1991 di Hospital Besar Kota Bharu. Anak kepada pasangan Nik Mohd Kamal bin Husin dengan Mariyani binti Omar ini adalah pelajar yang konsisten dengan kecemerlangan. Beliau telah mendapat 5Adi dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), 10A di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Agama (PMRU), 9A di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), 10A1 di dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMU) dan 20A di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau pernah dinobatkan dengan tiga kecemerlangan pendidikan iaitu Pelajar Tebaik PMR Peringkat Kebangsaan, Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan dan Pelajar Cemerlang SPM 2008 Peringkat Kebangsaan. Beliau adalah alumni Sekolah Kebangsaan Parang Puting dan Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu.

Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita untuk menjadi ahli Fizik Islam dan bakal melanjutkan pengajian di luar negeri pada September 2009. Hobinya adalah membaca novel dan buku sejarah Islam. Beliau juga boleh menguasai tiga bahasa (Melayu, Arab dan Inggeris) dengan baik dan menjadikan motto hablun minallah hablun minannas sebagai landas hidupnya.

Beliau boleh dihubungi di nazir_dinie@yahoo.com

Thank you for reading this post.

1 comment:

  1. saya amat berminat dengan kisah hidup akak Madihah.. Jd, boleh x awak kongsikn lebih banyak mengenai dia....

    ReplyDelete