Monday 30 May 2011

Teacher VS Kids

Hello everyone. This post are all on Malay so I am very sorry for you guys don't understand Malay. So enjoy people who can understand it.



Murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagi pun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid: Selamat sejahtera, cikgu!

Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bbagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan!

Murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

Murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

Murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

Murid: Dekat!

Cikgu: Keadilan!

Murid: UMNO!

Cikgu: Salah!

Murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

Murid: Padai!

Cikgu: Bukan!

Murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

Murid: Oh! Hamba!

Cikgu: Dengar ini!

Murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

Murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid: ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

Murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!

Murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

Murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

Murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup-cukup!

Murid: Kurang-kurang!

Cikgu: Sudah-sudah!

Murid: Belum-belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!

Murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

Murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!

Murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

Murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

Murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!

Murid: Kami dengar keadilan betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!

Murid: Cerdik kami ni!

Cikgu: Rosak!

Murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Thank you for reading this post.

No comments:

Post a Comment